Tuesday, December 3, 2013

Kembara Bumi Glasgow, Scotland 3

Assalamualaikum wbt. :D

So aku decide untuk sambung kembara musafir aku. :)
Latest post yang lalu, aku cuma sempat cerita perjalanan aku dari KLIA ke Amsterdam dan terus ke Glasgow.
Jadi In shaa Allah aku akan sambung cerita kehidupan di Glasgow pula di sini.

Sampai sahaja di glasgow, aku terharu. Taktahu lah nak kata terharu gembira syukur semua rasa ada.
Kali pertama bernafas di bahagian bumi yang pernah aku sangat impikan untuk menjejakkan kaki aku.

Sejuk. Huhuhu


Walaupun masa tu musim panas atau summer, udara dan suhu di Glasgow sejuk
Mungkin kerana bahagian geografi Scotland yang membuatkan udara di sini sejuk

Terus meluncur ke rumah kakak aku. Masa itu, kakak aku tinggal di Cathederal Square. Dalam 15 ke 20 minit jugak perjalanan dari airport menaiki teksi.  Sepanjang perjalanan aku masih bagaikan tak percaya. Aku di tempat orang ! Subhanallah!

Aku ambil peluang melihat keadaan sekeliling di luar tingkap teksi. Bangunan, kelakuan orang. Jam waktu itu lebih kurang 10 pagi. Kelihatan ada yang mahu ke kerja, yang berjogging lagi pun ada. Seronok. Senyum sampai ke telinga masa ni. :D:D

Hari pertama, sampai di rumah kakak aku, setelah unpacking barang semua, aku tidur. HAHAHA
Dari tengahari itu aku tidur sampai jam 8malam ! Masa tu dah nak masuk waktu berbuka, kakak aku kejut suruh solat Asar. Astaghfirullah. Jetlag orang kata. Haha. Tambah pulak dengan pertama kali puasa melebihi jam kebiasaan di Malaysia. Pada mulanya kakak sulung dan abang ipar aku di Dublin kata, buka ajelah. Musafir. Tapi aku sayang masa tu. Selagi boleh tahan, aku tahan dulu. Ohh, kakak sulung aku di Dublin juga menyambung pHD. Dia pun eksaited sama tahu aku ke Scotland. Raya sudah plan mahu berjalan sama katanya. hihi

Dan hari pertama berlalu dengan penuh perasaan di hati. Alhamdulilah. :')


: University of Strathclyde. Ini tempat kakak nombor dua aku sambung pHD dia. Punya susah nama mula-mula aku nak sebut. Itu yang kat imigresen, pegawai tanya "where does your sister study?" selamba badak aja aku jawab "Ohh University of Glasgow" kakaka. Mementang nak menetap di Glasgow apa kau ingat ada satu uni je kat sini? HAHA :

Hari-hari seterusnya, kakak aku bawak berjalan di sekitar Glasgow City Centre. Kami berjalan kaki aja. Kakak aku belum punya kereta. Iyalah, baru di sana Mac yang lepas. Baru berapa bulan jadi masih menabung untuk beli kereta. Tambah pula harga kereta waktu summer mahal kata mereka. Haha. Tapi sekarang, kakak aku dah beli kereta sebulan lepas kira kira aku. Mungkinlah. Atau sebulan lebih? tak ingat hahaha


Jadi, berjalan ke glasgow city centre. Aku teruja. Melihat gelagat manusia glasgow sepanjang perjalanan. Sampaikan gambar traffic light pun aku sibuk nak ambil kihkih. Apa yang aku paling teruja, di sini banyaaak sekali 'street performer'. Macam-macam persembahan kau boleh lihat. Gymnast, ahli muzik, penari, ahli magik etc., masing-masing menonjolkan bakat sambil sambil itu memohon juga jasa baik sesiapa yang sudi memberi sumbangan. Tak kisahlah itu. Yang penting mereka bukan meminta minta. Mereka juga memberi hiburan kepada pejalan-pejalan kaki di situ. Itulah semangat yang harus orang kita belajar dan diberi peluang. Kadang-kadang di sini, mau menonjolkan bakat pun dihalau. Aduhh. Tapi rasanya di KL sudah ramai juga berkembang street performer ni cuma aku tak sempat melihat barangkali.


: ini seperti yang ada di bukit bintang tu yang habis semua satu badan diorang kaler sama. tapi yang menariknya yang dia di atas ni nampak sik dia terapung tu? hihi. taktau macam mana dia buat. kawan dia tu yang pegang tongkat putih tu sebelumnnya siap layangkan tongkat tu kat bawah kaki orang ni punyala nak buktikan diorang tak guna apa-apa untuk berdiri bawah tu. hoho :


Ohh aku rasa aku belum nyatakan tujuan ayah aku hantar aku ke sini ya? Ke sudah? Aku juga tidak ingat ni. Tak apalah. Aku bagitau juga di sini. Tujuan sebenarnya ayah aku hantar aku ke sini untuk aku belajar Bahasa Inggeris. Dia suruh aku cari mana-mana kelas BI yang boleh aku ikut untuk memperkembangkan lagi komunikasi BI aku. Tambah lagi dia mahu aku melihat dunia luar dan belajar. Dan haruslah juga sebagai wakil mama abah aku kepada kakak aku berdua itu yang di perantauan.. Agar tidak sedih berpuasa dan beraya. Mungkin dengan kehadiran aku, ada sinar ibu ayah aku pada mereka mungkin? Kakaka

Tapinya... aku tak berpeluang pun amik kursus BI disana. Semua English school memerlukan Visa untuk mendaftar. Disebabkan aku di sana hanya 50hari lebih, jadi aku tak buat visa pun. Hanya berdasarkan ihsan passport dan kedudukan aku sebagai tourist aja di sana. Kami ni ingatkan ada lah mereka sediakan kelas untuk tourist saja ke apa. Tapi takde. Semua mahukan paling paling pun student visa. Aduhh. Sedih jugak aku. Aku baru berangan mau kenal kenalan dengan orang dari merata dunia. Tapi tidak punya rezeki. Tak apalah. Abah kata, explore yourself ajak la kalau gitu. huhuhu.

: muka redha habis. sedih juga lah dalam hati, tak punya rezeki sebelah sini. takpe, rezeki Tuhan bagi sampai ke sana juga sudah tahap tinggi syukurnya. :') :

Jadinya, hari hari aku di glasgow dihabiskan di rumah sahaja. Bermain laptop, masak masak bersama kakak aku, bermain dengan anak saudara aku Aliesya. Kadang, ikut lah kakak aku dan suaminya ke bandar, beli barang keperluan. Tapi yang dekat dekat ajelah sebabnya jalan kaki saja, mana punya kereta masa itu. kekeke.



: naah gambar kiri tu di Morrisons punya pasaraya yang besar jugaklah. tapi jauh dikit dari rumah kakak aku masa tu. tapinya, supermarket dia besaar jadi seronok pusing pusing cari barang dalam tu. seingat aku sepanjang kat sana dalam dua ke tiga kali aja aku sempat singgah sana. haha.

Gambar kanan pula di TK Maxx tu adalah kedai yang jual barang-barang branded tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Sebabnya dia macam barang terus dari kilang gitu. Iya. Kasut jenama mahal kau boleh dapat sini dalam belas belas pound jak. Kalau di luar tu, mau puluh puluh pound harga dia hihi :
 
 

: ALIESYA ZARA ^_^ :

Perjalanan aku lebih meluas waktu raya. Jadi cerita raya di sana aku simpan untuk entri entri seterusnya nanti ya. Penat sudah ni. Lagi tambah pula dengan esaimens bertimbun tu. Punya masa lagi aku sambung nanti. :)

: ini di stadium bola Birmingham City. ya masa ini di Birmingham. Ceritanya akan kucoretkan di entri lain. Saja mau preview gambar ini diambil sebab teruja ada 'Selamat Datang' di situ. Bahasa lain pun ada juga. Thumbs up ! :

Wassalam..

Sunday, December 1, 2013

Bekas

Hai kau

Ya iya kau.

Bekas yang pernah beri bahagia dan duka
Apa khabar?

Lama rasa tidak dengar khabar
Sejak kau putuskan untuk tidak terus hadir
Walau hanya sekadar teman yang kadangkala mampir

Hah

Ironik sungguh
Alasannya kerana aku
Aku yang sangat mudah bermain hati hah?

Ahh. malas aku nak berkata banyak
Ini untuk engkau

Iyalah. Kau yang pernah bertakhta di hati
Takkan lah takde sekelumit pernah terlintas di hati?
Itu namanya tipu diri sendiri

Sudah jangan jadi bodoh sombong

Apa lagi yang aku merapekkan di embun hari ni

Biasalah baru lepas tengok cerita mainan hati
Semakin membuaklah emosi

Jadi kau takpayah lah nak persoal sendiri
"Oh dia masih punya hati pada aku lagi?"

Dah pergi mampus dengan hati kau
Sikit pun aku tak peduli
Baik lagi aku jaga hati aku
untuk yang lebih Hakiki

Okay Selamat Tinggal.

merapu sangat dah.