Wednesday, January 8, 2014

Kembara Bumi Glasgow, Scotland : Puasa dan Raya :)

Assalamualaikum !

Jadinya, aku tekad untuk tinggalkan nota dan meletakkan diri di dunia imaginasi sebentar.
Tiba-tiba rasa mahu bercerita. Felling great as I saw the photos of my precious time in Scotland.

Sepertimana di entry sebelum ni, aku cerita pengalaman pertama aku jejak kaki di bumi 'white people' ini. Heh heh. :P

Puasa di sini, incredible sangat ! Sekurang-kurangnya, aku punya pengalaman untuk dicerita kepada anak cucu nanti, "mama dulu pernah puasa 19 jam tau!"
HA HA. Sembilan belas jam! Ohmakau. Selama duduk di Malaysia, puasa 13 ke 14 jam pun rasa macam nak pengsan kan kononnya? haha. Memang semput jugak la memula. Tapi lama-lama dapat la jugak adapt. Tapi makin lama, makin cepat dah waktu berbuka. Waktu solat cepat sangat berubah di sana. Bayangkan, awal-awal aku sampai, sahur jam lebih kurang 3.30 ke pukul 4, berbuka jam 9.50 malam lebih kurang. Dah nak habis puasa tu, sahur dalam pukul 4, berbuka pukul 9 ke macam tu. Hah. Mana tak rasa seronok gila hujung hujung tu. Bersyukur gila tahu! HAHA



Kan aku pernah bilang di entry sebelum ni, asalnya, ayah aku hantar ke sini, nak aku pegi kelas English kan?
Masa tu aku dah risau. Cemana hari-hari aku nak berjalan ulang-alik ke kelas dengan puasa lamanya. Mahu kurus aku jadi. Sekaliiiiii. Bukan kurus yang dapat. Makin tembam belon aku dapat iyelah. Iye. Engkorang ingat puasa lama-lama kat sana aku kurus ke? Hahaha. Aku pun musykil jugak kenapa. Kakak aku pun. Berat kitorang maintain je. Kakak aku lagi lah. Hari-hari duk berjalan ke Uni. Tapi hari-hari merungut berat sama je. Konspirasi apakah ini? LOL! Hehehe

Kalau aku ni logiklah jugak. Mana taknya. Makan tidur makan tidur. Paling paling banyak jalan pun, keluar bilik ke ruang tamu, main dengan aliesya ataupun tengok tivi. Blergh sangat. I know. hmmm

: Sweater merah, kakak sulung. Yang tengah, kakak nombor dua. Baju polka dot, adik pompuan paling bongsu. Jadi sekarang siapa kakak siapa adik? Buktinya gua semakin membelon walau puasa 19 jam. -_- :


Tapi yang seronoknya bila puasa di luar daripada negara kita ni, paling best bila kumpul sesama kita, Malaysians. Ataupun Muslims dari seluruh dunia. Huk huk. Seronok tau. Potluck, kumpul reramai, berbuka. Dulu masa di Jepun, aku pernah jugak sempat merasa kat sana. Masa tu aku form 1. Ayah aku buat research kat sana 6 bulan. Aku, adik dan mak aku ikut. Masa puasa, kalau ada rezeki, nanti ada makanan dari orang Arab, orang India, Canada. Seronok. Pastu students Malaysia pernah sekali ajak kitorang ke rumah diorang, main masak-masak berjemaah. Feeling dia, superb! Alhamdulillah. Iyelah. Kau kat tempat orang, asing. Pastu kau dapat kumpul sesama engkau pastu sembang makan solat berjemaah sesama kau, kalangan minoriti di tempat orang. That was totally a bless!

Ok. Itu cerita puasa. Hari raya, memang satu lagi pulak pengalaman. Allahurobbi. Taktau lah nak cakap syukur ni macam mana lagi dah. Memang sangat sangat sangat syukur Allah bagi nikmat dan peluang ni. Memang lah feeling dia lain daripada Malaysia kan. Tak semeriah kat sini. Tapi, orang kata, amik pengalaman. Masa tu memang fefeeling habis lah. Orang lain dah sibuk duk update tengah pulas ketupat la, kacau rendang la bla bla bla. Kita ni telan air liur je. Dah la nak tunggu pengumuman raya tu sikit punya neves! Haha. Yang ni memang betul pengalaman. Kat Jepun dulu tak ingat macam mana.

Aku ingat, hari tu, memang dah hari last puasa, Malaysia memang dah nampak anak bulan,siap announce di tivi kan. Kita, kat luar negara, tunggu update henfon je dari kengkawan masjid. Huhuhu. Hari last tu, kitorang berbuka di rumah salah sorang kakak pHd ni. Akak ni nama dia kak Siti. Dia memang mcm antara kitorang di situ, dia lah paling lama kat Glasgow tu. Plan nya, kitorang berbuka, solat pastu tunggu announce raya, takbir ramai2 pastu masak untuk jamuan raya besoknya. K, first sekali, macam ni. Kat Glasgow ni, dia macam ada empat district ke apa aa orang panggil aku pun taktau. Macam kak aku, dia duduk city centre. Jadi yang selalu berbuka posa sekali ni semua yang duk area situ la. Pastu dia ada lagi tiga ke empat area yang berlainan. Kiranya macam bahagian pusat penempatan la. Haha. Pastu, untuk jamuan raya, diorang akan buat untuk semua pusat ni tadi so kiranya semua Malaysians kat Glasgow akan berkumpul la. Jadi tahun tu, plan diorang untuk jamuan adalah, setiap pusat, akan masak setiap menu yang dah ditetapkan untuk jamuan raya tu. Ikut cerita diorang, tahun sebelumnya, raya 2012 la, diorang buat potluck. Tapi, banyaaaak sangat lebih so diorang pakat tukar stail macam di atas. Ok.

: gambar merapu google. HAHA. kalau kat Malaysia, cenggini la kan nak tunggu raya. Kat sana, mana nak ada. Nasib la tunggu sampai tengah malam. Sobs :


Lepas kitorang dah berbuka semua tu. Memang dah ready nak masak. Tapiiiiii. Pengumuman raya belum keluar! Hahaha. Kan banyak sangat mazhab berkumpul di tempat sama, jadi ada masjid kata besok raya. Ada masjid kata belum nampak anak bulan. Dia tak selaraskan tau. Walaupun kawan kau kat daerah jiran Glasgow kata "Okay weh. kami dah konfem besok raya." Tapi, masjid Glasgow kata belum nampak anak bulan, selagi tu kau tunggu. Kalau depa kata besok puasa, lusa raya. Hah, nasibla. haha. Tunggu punya tunggu punya tungguuu. Berbuka dah dari pukul 9.10 minit. Pukul 11, masih lagi takdak keputusan. Kitorang ni dah puas dah. Kak siti pulak, sebabkan dah terlalu lambat, kitorang masak je dulu. Kisahlah besok ke lusa raya, nasib engkorang la. Anak-anak kecik pun dah mengantuk, merengek-rengek. Dan tunggu dan tunggu, at last, dalam dekat kul 12 ke 11 lebih camtu la. Baaaaruu konfem, okay esok raya. Alhamdulillah. Huhuhuhu. Jadinya, yang lelaki berkumpul di ruang tamu, takbir. Perempuan di dapur, takbir sambil masak. errr? hehe. Serious rasa macam, fuhhh. Tak terkata feeling dia. Dengan takbir bergema di ruang tamu, masak-masak sampai jam dua pagi. Letih dia memang susah nak bayang. Tapi puas kan? Heee

Esokya, kitorang raya di dewan utama tempat orang Malaysia berkumpul. Bila dah gabung semua pusat penempatan, raaaaamaaaaiiii orang Malaysia kat sini. Hehehehe. Takdela ramai gila tapi full lah satu dewan. Tapi kira ramai la sebab yang ada tu semua yang master/phD atau yang kerja kat sana. Student degree mana ada, semua balik tanah air. Cuti semester katakan. Hehe. Masa ni, best! Masakan yang kau telan telan air liur tengok orang di Malaysia update tadi, semua ada. Kecuali, lemang dan ketupat. Sobs T______T

Kisahlah. Janji rendang ada sate ada, soto, nasi impit, laksa, semua ada. Hihi

Okay. Penat dah taip cerita panjang. Ni gambar raya. Tak banyak. Sebab segan. Haha. Sebab semua orang aku tak kenal. Yang aku kenal, yang ciput dari City Centre tu lah. Yang aku cakap duk berbuka, takbir, masak bersama tadi tu. Yang dari pusat penempatan lain, semua aku tak kenal. Jadi keseganan yang melampau sangat dalam diri. Huks huks.

: hik hik. baby Aliesya was wearing her very first baju kurung! walaupun besar sikit, gigih jugak pinkan tau hehe. tapinya lah aliesya ni hidung raya tu tengok lah. jatuh katil tergesel karpet! ish ish ish. huhuhu :


 : ini kakak dan abang ipar aku yang banyak support aku kat sini. support in terms of ongkos belanja makan, minum, pakai, apa semua lah. hihi :


 : Aidilfitri with Aliesya Zara ! ohhhh how I miss you so much darling! T__T :

: hiks. gini lah suasana raya di Glasgow. walau dalam kelompok kecil, masih meriah. :') Dewan ni dua tingkat. yang dewsa semua berkumpul kat bawah. Solat, makan gegosips semua kat bawah. tingkat atas tu, budak-budak punya port. heee :

 : budak ni lah paling rare aku pernah jumpa. tok dia cakap tak pernah cabut tau topi tu. orang nak pakaikan songkok, bersungguh taknak. nak topi tu jugak. hahahaha adik adik. :

: khutbah raya :

 : look at these both adorable babies ! aaaaa kenapa ntah comel ngats :

: haaa nama dewan tempat Malaysians selalu kumpul. Victoria Hall. hehe. Ini la sep sep Malaysians di City Centre, Glasgow. Ni separuh je. Ada lagi separuh berlegar di sekitar. hee :

: They just arrived from Dublin! SOoooo excited at that time. Wahhaaaa! ^_^ :

: ini anak buah pertama. :) Ayra Ramadhani. anak kak aku hat sulung :

So demikian cerita puasa dan raya. Petang raya, kakak sulung aku kat Dublin datang. Cuti seminggu kat kat sini. Masa seminggu tu, kitorang explore Scotland & England. Kembara koboi kata depa. Ikut sukahati lah. Janji bahagia. Cerita itu, aku simpan dulu eh. ;)

" Hai!!! Nanti kita jumpa lagi eh eh eh! ^o^





No comments:

Post a Comment