Yeayyyyyy semalam dan harini sangat eksaited bila dapat tahu aku dapat online upload gambar kat Instagram kat laptop. selama ni aku online pakai tab mak aku jeee pastu bila datang Scotland aku tengok dan komen gambar pakai web insta biasa. tapi kat web tu tak boleh nak upload gambar jadi aku macam kecewa sikit wuwuwu
Jadi ceritanya semalam aku bosan to the death dan aku search mana nak download movie free. time ni banyak la keluar baru nak belajar torrent apa semua. kalau siapa pemalas macam aku selama ni memang tak pandai download movie selain kat youtube sebab aku harapkan orang lain je muahaha
Tengah tengah cari tu aku terjumpa kat satu website ni pasal main android kat pc so aku macam eksaited gila dan semangat nak try terus sebab senang sangat ! sebab siapa tak mampu nak beli smartphone canggih, tab, ipad semua termasuk pengguna bb yang takda android/ios, ini adalah berita yang sangat gembira lagi-lagi kalau korang penggemar INSTAGRAM sebab dia hanya wujud kat android/ios je kan. sila senyum sampai ke telinga sekarang :D
So kalau korang eksatited macam aku boleh belajar dari SINI basic install dan guna Bluestacks. Terima kasih Gulai Tempoyak Ikan Patin ;)
Tapi tapi tapi untuk upload gambar kat Instagram, korang kena install satu apps lain dulu, OI File Manager kalau nak upload gambar terus dari laptop. Kalau tak, korang takleh nak upload gambooo cun meletops korang tuu. So aku nak share sikit memandangkan sebelum ni aku menghadapi kesukaran pening kepala ratus kali aku cuba upload tapi tak dapat. muahahaha. Pastu bila search, nak kaji, blog tu semua berat berat aku macam tension gila kot. Over tak hahahaaha.
So korang pegi je kat search apps tu, korang taip OI File Manager nanti keluar la result dia. Nanti kalau nak install apa-apa apps dia memang akan kasik korang tiga jenis store mana korang nak download. So pilih je mana-mana aku rasa sama je.Kalau market 1 tu lagi senang kalau korang malas nak sign in google account. Nak pakai google play pun boleh ikut suka. :)
Pastu ikut steps ni untuk korang upload gambar.
1. Klik tempat upload macam biasa
2. Pilih OI File Manager untuk upload gambar terus dari pc korang.
3. Lepastu akan keluar cemni so klik sdcard tu
4. Next korang cari folder nama bstfolder tu
*kalau laptop korang jenis banyak hard disk contoh (C:) la (D:) la, make sure, korang buat satu folder gambar lain dekat Libraries. Sebab benda ni dia baca folder kat Libraries je.*
5. Macam aku laptop memang semua pictures kat Libraries
6. So pilih la memana folder yang ada gambar korang. Klik gambar yang berkenan, pastu klik file.
Pastu step dia sama je macam upload gambar dari fon. So boleh la korang ber insta dari lappy sekarang. tak kisah la sama ada henset cikai ke, henset habis bateri ke, plan internet habis ke, boleh on Instagram, Whatsapp, Line, Viber etc dari laptop. Cool kan? ;)
p/s : Software ni agak berat so korang boleh fikir dua tiga kali kalau tahap kesabaran tidak tinggi. Hehe








No comments:
Post a Comment