Friday, August 30, 2013

Yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada diri kita sendiri.

Assalamualaikum wbt.

first sekali, Selamat Hari Kemerdekaan 56 Malaysia !!!
Semoga Malaysia terus aman, aman, dan aman. errr. dan dilindungi Allah selalu Ameen.

:sumber - google image:


Tiba-tiba terdetik di hati aku nak bercerita tentang kisah adik aku. Well sebenarnya bukan kisah apa. Saja nak cerita dari sudut pandangan aku untuk dia dan orang tahu, dia lah budak paling bertuah, murah rezeki setakat ni yang aku kenal. Huhuhu.

Dan mungkin sebab aku rasa sedih bila dia sedih. Jadi moga tulisan ini buat dia tahu keluarga sentiasa bersama dia walau jauh, walau dekat. :')

Pertama sekali, adik aku adalah anak bongsu lelaki. Bukan setakat bongsu lelaki tetapi satu-satunya lelaki dalam lima orang adik beradik. Can you imagine that? Betapa tough nya adik aku hidup dikelilingi bunga-bunga yang comels loteh. Hihi.

Jarak umur antara kami yang hanya beza dua tahun mungkin buat aku rapat dengan dia. Iyelah. Jarak aku dengan kakak aku yang atas, enam tahun. Gila tak jauh? Dengan adik aku, pegi tadika sekali, sekolah rendah sekali, sekolah agama sekali. Tapi bila dia naik tingkatan satu, satu sekolah sekejap je. Pastu dia dapat offer asrama.

Dulu kecik-kecik aku selalu gaduh dengan adik aku. Aku selalu rasa diabaikan oleh kakak-kakak aku dengan mak aku. Masa tu aku rasa takde orang sayang aku. Drama gila kan aku? Wakakak. Sebab kakak-kakak aku selalu buli aku dulu dan selalu back up adik aku. Walaupun adik aku yang start fight dulu. Maybe. Aku pun macam dah lost memory hahahaha. Sampai aku menangis terok gila rasa ketidakadilan tu. Sampai pernah satu masa aku jealous dengan adik aku pasai mak aku kemas bilik dia. Bila aku mintak mak aku kemaskan bilik aku mak aku penat. Masa tu aku kecik, tak matang, aku merajuk dengan mak aku menangis dalam bilik sampai tertidur. Masa aku terjaga, aku tengok mak aku tengah kemas hias bilik aku. Sebab ego, aku tak bangun, aku pejam je mata. Bila mak aku habis, dia ingat aku tidur lagi, dia duduk dia belai aku. sobs sobs sobs. Ni cerita benar tau :( Bila mak aku keluar bilik, aku bangun aku terus menangis tak ingat dunia. Masa tu aku sedar selama ni aku je yang perasan jeles ego kuat rasa mak aku pilih kasih. Padahal mak tak pernah pun cemtu. Mak aku sayang semua anak dia. Masa tu la aku sayang adik aku jugak ceyy. Tak lah. Aku sayang hang sejak azali lagi. ;)

: ini lah mama kesayangan. sumber inspirasi selepas abah. tapi sumber inspirasi wanita utama. hargailah ibu bapa anda sementara punya peluang. :( :

Tapi itu kat rumah. Kat sekolah, aku lah penyelamat dia, aku lah pembuli dia. Kat sekolah agama aku selalu mintak duit kat adik aku. Sebab aku boros, adik aku ni kedekut sikit. Tapi kalau aku mintak, mesti aku mintak sampai dia bagi. Sebab aku tau dia ada duit hihi. Dekat sekolah, aku ingat dulu kecik-kecik adik aku lembik (tu aku yang selalu panggil, sebab tak puas hati layanan di rumah mungkin haha). Sampai satu masa, aku kena panggil dengan cikgu pengawas tanya aku sebab kenapa adik aku nak berhenti jadi pengawas. masa tu aku darjah lima, adik aku darjah tiga.

Masa tu aku blur. Apahal pulak aku taktau apa-apa, aku pulak kena panggil. Then aku baru teringat adik aku pernah cerita dia selalu kena buli dengan budak cina, anak cikgu kot. Aku tak berapa ingat. Dia tak bagitau aku dia nak berhenti jadi pengawas so aku macam jadi blur lah kejap. So tutup kejap cerita tu. Lepastu masa baru pindah Johor, iyelah sekolah baru kaan. Cabaran besar sikit. Aku sendiri pernah kena buli dengan budak lelaki amik baju PJ aku. Habis lari keliling sekolah aku kejar dia sebab aku nak tukar baju laa kalau tak nanti cikgu marah. Kurang ajar betul huh. Ada sekali tu aku ingat, tengah aku duk lepak dalam kelas ada budak datang cari aku kata adik aku nak jumpa. Aku keluar, dari jauh aku tengok adik aku panggil sambil nangis nangis. Aku tanya apasal, dia kata Al-Quran kecik yang mak aku kasik dia hilang. Puas dia cari tak jumpa. Aku pun sebagai kakak konon mithali masa tak tolong cari. Aku tolong comfort jelah. Masa tu aku segan jugak adik lelaki aku nangis kat sekolah, tak cool lah woi. HAHAHAHA

Walaupun begitu, korang kena tahu yang aku tetap sayang adik aku walau bagaimana bulinya aku satu saat dulu. Walau aku selalu kata dia lembik, penakut, pondan n bla3 semua dalam hati aku sayang sebenarnya. Hermmm. Hai adik kesayangan. *lambai tangan*

Okay itu cerita aku dengan adik aku. Nak dijadikan kisah murah rezeki adik aku ni....

Aku ingat masa tu aku tingkatan tiga. Kira adik aku baru nak masuk tingkatan satu lah. Dan macam biasa, adik kena satu sekolah dengan kakak, baru ada orang protect kahkahkah. Adik aku dapat result bagus aa UPSR 5A. Tapi masa tu dia tak dapat offer asrama, sama macam aku. So ayah aku letak jela dia kat sekolah aku masa tu. Aku boleh je hidup takkan dia takleh kan. Hihi. Tapi dia beruntung masa tu. Cikgu Penolong Kanan Koko sekolah aku masa tu bekas pelajar ayah aku kat UM dulu. Itu pun dia perasan masa aku masuk daftar zaman dulu, terserempak dengan ayah aku. Sebab tu dia kenal aku plus anak dia sebaya aku. Tapi, bila adik aku masuk sekolah, dia kasik offer kat adik aku. Dia buat surat rayuan untuk adik aku. Surat rayuan untuk asrama penuh atau mrsm. Dan Alhamdulillah, adik aku dapat panggilan ketiga. Pertengahan tahun, dia masuk sekolah asrama penuh dekat Kluang. Dan sejak tu aku berpisah dengan adik aku. Sobs sobs sobs.



Kalau nak aku jujur, dulu kecik-kecik memang aku meluat gila dengan adik aku. Sampai dia satu sekolah menengah dengan aku pun aku macam adoii aku kena jaga lagi budak ni, dengan kawan-kawan aku masa tu sibuk kata dia comel la hapebende la stress aku hahaha. Well, masa tu kan bebudak lelaki biasa belum berubah fizikal so memang la semua nampak comel. Tapi, masa aku pergi hantar adik aku tu, aku buat-buat happy untuk dia tapi dalam hati aku sayu. Huuuu. Masa on the way balik rumah, mata aku meleleh jugak la. Sebab aku teringat ingat, dah takde siapa aku nak kacau lepas tu. Aku tinggal sorang-sorang kat rumah, takde orang nak dibuli, dikacau, diusik etc. :(

Sampai lah adik aku berjaya teruskan hidup dekat sekolah asrama tu lima tahun sampai tingkatan lima. Nak kata aku iri hati, ada lah sikit. Siapa tak teringin sekolah asrama kan. Tapi dah itu Allah bagi untuk adik aku, aku nak cakap apa. Aku tumpang happy jela. Sekali sekala melawat dia kat asrama, aku berangan je la. Huhuhu.

So habis SPM, adik aku dapat result 7A berapa ntah 3B kot. Aku ingat yg A jela kan. Masa tu dia macam kecewa gak aaa tapi happy jugak. kots la kot. Daripada pandangan aku je. Dari sudut hati dia aku tak tau. Iyelah pada aku banyak la 7A kan, aku dapat 5 je dulu. Itupun Alhamdulillah lepas masuk matriks hehehe. Tapi yelah, adik aku kan sekolah asrama penuh mesti aa rasa tercabar sikit. Kawan aku dulu asrama penuh dapat 7A frust macam apa sebab malu. Malu kawan-kawan dia semua straight As. hahaha.. Tapi adik aku, aku tak sure lah.

Pastu, adik aku dapat offer pegi foundation UIA. Aku pulak yang eksaited lebih sebab macam hoii UIA kot. Seronok aaa. Aku tengok kawan-kawan aku study sana semua seronok. Adik aku pun happy masa tu. Lagipun memang cita-cita dia nak jadi arkitek. So bila dapat offer foundation seni bina, haruslah happy menggunung,

Lebih kurang sebulan kat UIA, adik aku dapat offer lain. Dia dapat tawaran biasiswa JPA/MARA untuk fly ke UK atau US. Woaaahhh terkejut semua orang dalam family. Semua macam tak sangka and bersyukur gila. You know dik, with the result of 7As, untuk dapat offer cemtu adalah satu anugerah. You are one of the luckiest on Earth ! Tapi masa tu adik aku dilemma. Sebab offer tu tulis Sains Tulen. So adik aku tak pasti dia dapat teruskan cita-cita dia ke tak. Sedangkan satu kaki dia dah dalam perjalanan menuju bidang Archi masa tu. Plus, dia sangat suka life kat UIA sebab tu dia sayang. Lama dia fikir. Sampai stress taktau nak buat keputusan. Nak tolak, peluang jarang sekali dapat. Nak ambik, tapi takut tak tercapai cita-cita.

So, lepas amik kira segala bagai nasihat daripada segala bagai orang, adik aku amik offer tu untuk buat foundation persediaan A-level ke overseas. Dengan harapan, dia boleh amik architecture untuk degree nanti. Tapi bila sampai hari pendaftaran kat kolej tu, impian dia macam musnah kejap. Kos yang ditawarkan masa foundation, kos tu lah yang kena dia amik masa degree nanti. Aku tengok muka adik aku berubah masa pegawai tu announce macam tu. Adik aku macam taktau nak berfikir. Menyesal mungkin? Taktau lah. Yang aku tau masa tu aku tengok muka adik aku, aku rasa nak nangis. Aku sendiri taktau kenapa. Padahal adik aku rilek cool je walaupun aku perasan muka dia merah masa tu. Taktau la merah sebab tahan perasaan ke merah sebab panas lolololol.


Ok pasal cerita tu, ramai jugak aa mak ayah yang tak puas hati and so semua sebab bukan semua budak yang terima offer tu yang in dalam sains tulen or bisnes. Lepas habis semua sesi ucapan semua, ayah aku, kakak aku dan aku masa tu nasihatkan adik aku. Aku pun tak ingat nasihat apa sebenarnya tapi ada la cakap cakap tenangkan dia sikit. Tak lama lepas tu maybe seminggu ke dua minggu lepas tu dia call. Cakap, jpa bagi kelonggarang, siapa yang nak sambung engineering atau architecture masa tu kasi nama and diorang boleh teruskan pembelajaran diorang.

So sampai cerita JPA tadi aku rasa macam adik, kau sangat beruntung. Allah sayang kau. Tu je aku fikir masa tu. Aku sangat tumpang happy.

Tapi baru-baru ni, zaman kejatuhan adik aku maybe. Huuuu sorry woi kalau ekspresion aku tunggang langgang. Adik aku aku punya score untuk exam first year dia, tak melepaskan dia untuk fly. Dia memang down habis la. Mak aku cakap, dia nangis-nangis telefon cakap dengan ayah aku. Masa tu aku teringat result matriks aku dulu teruk jugak sampai aku nangis nangis cakap telefon dengan mak aku. Jangan risau, kita di tempat yang sama dik. Huhu.

Tapi peluang hang cerah lagi dik.

JPA bagi offer kat budak budak yang senasib dengan adik aku ni untuk sambung foundation diorang dekat UNITEN. Kira diorang dah tak stay kolej memula ni dan akan pindah ke uniten kalau diorang nak stay dengan scholar JPA. Kalau diorang excel, peluang untuk fly sambung degree mungkin cerah. Dan so, adik aku akan sambung study kat Uniten dan kira dalam masa dua tahun, tiga tempat study dia tukar haha. Itu pengalaman hang weh. Bukan semua orang dapat peluang belajar merata. Hang dapat, hang amik ;)

So kenapa aku sanggup tulis entry panjang berjela ni tiba-tiba? Sebab adik aku baru dapat result IELTS dia semalam. Dan result dia tu okay bagus, cuma tak cukup sampai standard untuk fly. So sekali lagi dia frust.

Jadi untuk itu, aku nak bagitau dia, hang lah manusia bertuah sejak lahir.



Cuba fikir balik...

Hang anak teruna last. Satu-satunya anak teruna tau. Last pulak tu. Fikir macam mana bertuah nya hang boleh lahir kat dunia. Terpilih.*wink*

Allah bagi can hang rasa life asrama penuh since form 1. Dah la anak laki last. Kalau tak masuk asrama mau cengeng manja sampai besaq. Masuk asrama, nampak la perubahan sikit Alhamdulillah. Kikiki. Aku expect hang pun cukup bersyukur dapat sekolah kat sekolah lama hang kan.

Dan lastly, hang dapat belajaq kat tiga tempat dalam masa foundation. UIA, KTT, UNITEN insyaAllah. Lucky enough man ! Nama besar tu semua. Mungkin ada hikmah semua yang jadi. Macam video yang kak ila post kat group whatsapp kalau hang tengok. HAHA. Dan mungkin, life hang kat Uniten nanti lagi ohsem gila syok daripada ktt. Mungkin. Allah tau yang terbaik. Kan hang pandai pada aku hehe :P

And aku tau hang boleh buat keputusan hang sendiri daripada dulu. Kalau tak, takkan hang boleh tiba-tiba berhenti jadi pengawas darjah tiga dulu. haha. Aku tau minat hang kat architecture. Walau abah suruh hang jadi doktor pun hang takmau. So, buktikan kat abah lepas ni. Buktikan cinta mati hang kat archi. Buat habis mati. Aku yakin hang boleh. Selama ni boleh takkan sekarang tak boleh kan.

Herm sooo aku rasa aku dah banyak sangat lebih gula ni. Harap adik aku naik sikit motivation baca pengakuan jujur daripada aku ni hua hua hua. Nak cakap depan macam ni memang harerrrr la tak. Kot kalau motivation naik 0.01% pun aku bersyukur dah hihi.

: so ini lah adik aku yang bertuah tu. All the best buat hang. Buat yang terbaik lepas ni. Hang tau apa yang baik untuk hang. Allah lagi tau apa yang terbaik untuk hang. Hang kan anak soleh bakal imam hehehe so insyaAllah hang buleh buat yang terbaik punya. Doakan mama&abah, doakan kakak-kakak hang sekali especially aku ni hihi :* Selamat berjaya dunia dan akhirat.
p/s : jumper tu first time aku nampak aku dah eksaited gila nak beli kat hang. so harap hargai dan pakai lah sokmo kalau pi tempat sejuk pasneh supaya lebih motivated. ekekek. xoxo :


Sorry lah kalau tulisan aku tunggang langgang. Ni aku main spontan je ni taip. Masa ni dah 12 lebih tengah malam so aku macam mamai sikit tapi aku gigihkan jugeks. :P
Mintak maaf jugak kat adik aku kot kalau ada rahsia dia takmau aku cerita pasai dia aku tercerita habis.

Maaf hujung rambut hujung kuku kaki. Apa yang baik rancangan Allah, yang buruk semua silap aku. Kalau salah mohon ampunkan, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah redha. :)

Salam alaik.

No comments:

Post a Comment