Saturday, November 16, 2013

Kerana Bahagia itu pada Mereka...

Assalamualaikum wbt.

Hai. Bagaimana keadaan iman? Sentiasa doa agar ditetapkan iman berada pada landasan kebenaran. Allahumma amin.



Hari ini aku rasa sayu. :')
Semalam aku tidur bilik kawan. Study kononnya. Tapi bukan berapa sangat pun ehem. Koya je lebih.
Pagi Subuh aku balik bilik, sambung tidur.
Sembilan lebih aku bangun, terkejut. Dah dekat pukul sepuluh. Risau. Banyak lagi benda nak study untuk exam besok.
Tiba-tiba mata tercari-cari telefon Nokia cikai purple.
Selalu biasa buat taktahu lantak kau lah nak duduk mana.
Pagi tadi terasa macam ada bonding dengan abah. Semalam telefon mama. Mama kat kampung.
Macam biasa, mama cerita pot pet potpet kalau ada masalah.
Abah di rumah. Banyak urusan kerja, tak mahu ikut mama pulang.

Jadinya lepas itu telefon adik yang pulang weekend. Hajat hendak bertanya khabar abah, dan tanya khabar dia jugak.
Tapi dia tengah drive. Menghantar kakak aku yang mahu pulang ke kampung juga.
Abah di rumah. jadi takde kesempatan nak sembang lama sebab adik tengah drive.

Berbalik kepada cerita henfon. Aku sibuk mencari sebabnya...
Aku rasa macam abah nak telefon aku je hari tu.
Maklumlah, mama takde kat rumah. Jadi selalunya kalau mama takde, abah mesti akan telefon barang sekali dua.
Tapi dah tiga hari mama di kampung, abah belum lagi telefon. Aku risau. Aku rindu lebih tepat barangkali.
Jadi nak cari telefon nak telefon abah tapi tak jumpa.
Cuba misscall tapi tak berbunyi dan vibrate.
Jadi sah, telefon tertinggal di bilik kawan.
Aduhh malas betul rasa.
Jadi aku decide untuk persiap diri, mandi, makan bla bla bla.
Habis makan aku turun. Gigih. Nak jugak ambik telefon.
Risau.
Takut abah call, aku tak angkat dan abah risau.

Turun bilik kawan, amik fon, blah, naik bilik lagi.
Kawan masih kroh kroh. Penat barangkali. Semalaman tak tidur. Study.

Tengok je telefon, betul.
Ada miss called dari abah. Sobs.
Terus dial balik. Tapi abah tak dapat dihubungi.
Telefon adik dengan harapan dia belum pulang ke Bangi.

Alhamdulillah.
Adik angkat. Abah tidur. Sembang dengan adik.
Hampir saja nak letak telefon, adik kata abah dah bangun.
Cakap dengan abah. Tanya abah buat apa, makan apa.
Gitu aja. Tapi tiba-tiba hati rasa sayu.
Aku dengar suara abah penat.
Aku sedih. Bergenang air mata.


Tetiba macam semua benda yang aku buat seperti di flashback.
Apa sahaja yang aku buat selama ni?
Abah penat kerja cari duit, bagi aku makan hidup senang
Makanya aku bersenang lenang sahaja.
Sepanjang 21 tahun hidup, belum pernah ada sekali pun aku banggakan ayah aku.

Ada sekali. Waktu UPSR. Aku dapat 5A. Dapat anugerah tokoh pelajar lagi.
Tapi abah tak bagi mini cooper. Eh.
Abah tak mampu. Abah hanya pensyarah bukan tauke ayam. Aku sedar tu.
Tapi abah bagi senyuman. Senyuman yang paling gembira. Dengan thumbs up pada aku.
Aku gembira waktu itu.
Dan itu kali terakhir aku rasa aku lihat senyuman yang membahagiakan itu.

Dan sekarang. Aku menangis bagai anak kecil.
Aku menangis kenangkan abah dan mama.
Abah, mama, leli mintak maaf sangat-sangat.
Leli tak belajar sungguh sungguh. biasiswa tak dapat.
Abah yang kena tanggung belanja leli.
Tapi leli takde balas apa pun.
Dah masuk tahun ketiga universiti.
Belum pernah leli dapat anugerah dekan.
Result makin menurun ada lah.
Sorry ma, abah. Leli cuba yang terbaik tahun terakhir ni.
Itu janji.

Mama, abah, doakan kejayaan leli.
Sekarang tengah miserable sangat.
Banyaaak sangat kerja ma, abah.
Kenapa diorang bagi projek banyak sangat.
dengan final year project lagi. pastu esaimen belambak macam tak pernah habis
final year project tak gerak lagi. midterm exam susah gila.
T___________T

Ya Allah
Beri aku peluang sekali untuk membuat mereka bahagia
Beri mereka peluang bangga melihat aku berjaya
Kurniakan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku ya Allah.
Pelihara mereka sebagaimana mereka telah pelihara aku semasa kecil.
Beri aku peluang utnuk berbakti kepada mereka.
Sungguh. Aku sayang mereka keranaMu ya Allah.
Aamiiin
:')





Tuesday, November 5, 2013

Random Speech #1

Assalamualaikum wbt

Jadinya tadi nak pegi student pavi nak transfer duit ke nadiah. Tapi end up staying in my room because of the heavy heavy heavy rain. Sangat lebat pula tiba-tiba. Hujan rahmat tahun baru gamoknya. Alhamdulillah :)




So oleh kerana tak dapat nak keluar atas alasan hujan lebat, maka kembali terperap di bilik dan aku decide untuk settle kan laundry aku. mujur sempat angkat sebelum awan memuntahkan isi tadi. phewh. Dan kebosanan itu berlangsung sampai aku rembat kamera yang ada atas meja dan mula mengambil gambar. Gambar apa? her her her...

bukti aku buat laundry. lipat elok lipat kemas masuk almari ehhh (Allah lamenya puisi)


:buruknya beg gantung sini. Asalnya aku gantung tempat lain tapi pelekatnya tercabut. So aku gantung sini sementara sebab takde gam gajah. Serius buruk betul T_T :


:banyak-banyak sudut, gambar ni lah paling cantik aku rasa. hahahaha:

haaa. gambar bilik di kolej kesayangan jeng jeng jeng -.-"
habis semua sudut aku ambik tahu? yelahh. dulu aku tunjuk gambar bilik double. sekarang senior kaaann dapat laa pilih bilik single. ekekekek. kira besar jugak la bilik single ni. makin lama aku makin selesa jugak la. awal-awal dulu penakut tahap apa. orang lain masuk tahun dua dah pindah bilik single, aku duk double lagi sebab takut. tahun tiga baru beranikan diri sebab kawan-kawan semua kena tendang jadi takde kawan nak ajak duduk bilik double. kuang kuang kuang. sekarang Alhamdulillah. nak takut apa? Allah kan ada? *wink*

okay itu saja. sekian. >.<


Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum wbt

Bagaimana hari hari kita semua?
Semoga bertambah baik iman insyaAllah

Harini, insyaAllah hari terakhir kita dalam tahun 1434H.
Sayu je rasa hari ni...
Berapa minit lagi nak masuk tahun baru..

Diri kita adakah masih sama atau semakin baik atau sebaliknya?
Sama-sama kita fikir

Umur sudah semakin menginjak
Masa tak pernah pula nak tunggu kita
Tahun masih perlu berlalu mengikut peredaran masa
Apa logik kah kita di takuk yang lama?

Ayuh berubah di tahun baru
Semoga perhijrahan kita ada hikmahnya
Semoga yang sudah berhijrah juga kekal istiqamahnya
InsyaAllah. Kita doa bersama

Sempena nak masuk tahun baru, saya kongsi bersama doa akhir tahun dan awal tahun bersama terjemahan
InsyaAllah mudah mudahan dengan usaha kecil kita meminta pertolongan Allah,
ada hikmahnya kelak

Kita usaha, merancang, Allah juga yang menentukan
Bukan kata wajib. tidak baca, berdosa.

Tidak.

Selagi mana yang baik itu boleh kita ikut, kita ikut lah
Sama-sama kita muhasabah yok ! ;)

Maksudnya : 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua


Saturday, November 2, 2013

Kembara Bumi Glasgow, Scotland 2

Repost
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Alaik ! bertemu lagi dalam kebaamm kebumm bom boomm blog nlal ! mueheh heh heh -.-"

fasa 1 Ramadhan semakin habis. maka apa yang dah kita peroleh sepanjang fasa 1 ni? dah bersedia masuk fasa 2? muhasabah diri. insyaAllah. Semoga Allah redha ;)

okay sambung cerita. lepas solat di surau, aku terus naik train klia nak pegi gate terus. then masa dalam train tu baru aku perasan..... duit rm50 abah bagi tadi dah takdooooo ! takdo lesap hilang terus tahu ! iolls sedih sangatss. maybe tercicir masa aku amik fon sebab aku letak dalam poket je tadi duit tu. aku sedih sebab dalam purse aku ada berapa ringgit je. yang lebih semua duit euro dan pound. dah la aku haus gilo time tu. turun train bajet nak beli air. aku kan tak berapa mahir jalan klia sebab dah lama tak jejak. last time aku jejak masa pegi-balik jepun lapan tahun dulu. sobs. jadi turun train je aku nampak kedai aku terus masuk. farmasi rupanya. hajat di hati nak beli air mineral. aku pun usha la. ada air mineral mahal je tahuuuuu. botol sederhana besar RM9.90 ! aku cek cek dalam purse aku ada rm7 jeee. har har har. takde botol kecik ke aku cakap dalam hati. aku mundar mandir kat luar. then aku nampak kakak tu susun botol kecik yang 500ml tu. masuk balik nak beli sekali tengok harga...... RM7.90... arghhhhh. depressed aku masa tu. haha.


so disebabkan masa lama lagi aku terdetik takkan la takde kedai yang jual makan jajan jajan air air murah sikit. so aku jalan la merata sikit pusing pusing. thennnn finalleyhhhh. aku jumpa pun kedai ala kedai runcit. air mineral paling murah rm3.50. aher her. okay lah daripada rm7. nak buat cemana. tapi at last aku beli 100plus rm4. muahahaha. dasar manusia. eh tak, aku bebajet macam nak up tenaga sebab tu la beli 100plus alang alang ada tu. senyum sikiitt ;)

maka dengan riang ria aku teruskan perjalanan ke gate yang sepatutnya. kiri kanan aku semua foreigners. aku macam, ini malaysia ke mana ni. konfius jap. ahaks. tapi ada la dua tiga ketul orang malaysia tapi herm... aku senyum macam diorang tak senyum balik pun. ke diorang tak nampak aku senyum? nak kata tak nampak aku memang tipu gila la tak nampak aku yang comels lotehs gebus nih. kahkahkah. takpelah. aku assume korang tak nampak aku senyum. iyelah aku rasa malaysia kena adakan kursus senyum khas untuk rakyat kots. baru nanti aku boleh senyum lebaaaaaaaarrr gilos dengan teknik tertentu tanpa merosakkan jaws aku so that nanti korang nampak. okayh. 

: gila scary. senyum camni kalau tak senyum balik aku taktau nak cakap apa. hahaha :

then, macam biasa lah. tunggu giliran masuk gate. tunggu diorang panggil masuk flight ape semua. maka bermula perjalanan daku ke Amsterdam. tapi tapi dalam flight pun ada problem jugak. supposed seat aku adalah 33C. dekat tepi sekali dekat lane lah kiranya. tapi masa aku sampai aku budak dutch dah duduk situ. jadi dia tanya aku. aku ingat dia tanya itu tempat aku ke. aku pun jawab la haah. then dia bangun aku letak beg kat atas ape sume aku suruh la dia masuk ke tingkap. then dia cakap "no your seat is there right" aku dah macam ahh sudah budak ni buat hal dengan aku. aku cakap i'm sorry but i'm 33C. dia pun bantai pegi "no no no i am 33C" bengkek kejap aku. hal itu telah menyebabkan perjalanan dalam plane tergendala sebab orang orang belakang aku semua sangkut takleh masuk dalam. then ada stewardess datang tanya is there any problem. aku cakap la seat aku 33C. pastu dia tanya budak tu. budak tu degil cakap seat dia pun 33C. eeyy mujur bulan puasa aku rasa aku boleh tahan lagi dengan budak tu. kalau tak aku rasa meluap luap perasaan nak lempang dah. lastly, stewardess tu sokong budak tu. sedih aku. yelah. maybe sebab dia budak. dan lagi satu dia dutch. stewardess tu pun dutch. satu bangsa. ini diskriminasi. huh. takpelah aku redha. dengan harapan jangan lah seat tepi tingkap tu tetiba ada orang. T_____T



sedang duduk duduk. tetiba ada stewardess datang kat budak tadi. "hello dear. would u mind if i take u to another seat? where u can be near to your fellows?" and there she goes. budak tu blah. tempat tu kosong. aku nak pindah tapi erm aku kesian kat mamat dutch tengah tengah tu. dah la tadi dia jadi mangsa blur perebutan aku dengan budak tu. tetiba aku nak tuka lagi pulak dia kena bangun lagi. herm. dilema jap aku. pastu aku macam intai macam dah takde orang masuk kot so macam k takpelah duduk jelah sini maybe takde orang. lepastuuuu. tetiba kat seat depan ada orang datang. seat dia dah ada orang duduk. seat dia supposely 32A. orang yg duduk tempat dia tu cakap tu seat dia. bila dia tanya berapa number orang tu cakap 33A. so kira orang yang dah duduk tu la salah. patut dia duk belakang tapi dia duk depan. kira seat yang aku tengah duduk sekarang ni seat dia la. orang tu pun tanya aku "33A?" so aku pun err nope 33C. u r 33A? okay. dengan riang aku nak tukar semula heh heh. err faham ke? hahahahaha. pening kan. aku pun pening macam adoii apekah semua iniiiii. haha. takpelah tak faham pun takpe. nanti korang lalui sendiri. pesan aku, kalau jumpa jenis orang macam budak yang berebut dengan aku tadi, tegas dengan pendirian korang. kalau korang betul, tunjuk bukti. boarding pass tu. ha. tunjuk kasi dia down sikit. silap aku masa tu aku tak tunjuk boarding pass sebab aku dah simpan dalam beg galas. aku malas nak amik sebab susah. then aku macam rasa inferior sebab diorang kan mostly sesama kaum. kang aku buat onar kang aku pulak kena. sobs. so kalau rasa betul, buang sifat inferior tu okay. huhuhu


tapi Alhamdulillah. selesai jugak satu masalah akhirnya. mujur Allah tolong pindahkan budak tu. kalau tak apa jadi kat aku ntah. tapi rasanya kalau budak tu tak pindah aku akan gigihkan amik boarding pass aku tunjuk kot. hermm. takpelah. Allah is the best ! ^_^

perjalanan dalam flight biasa. aku tido bangun tido bangun. haha. kalau terbangun tu sebab penat. sakit belakang. pengalaman naik flight ulang alik sarawak setiap sem membantu sikit. takdelah guwa kekok sangat ye idok. kehkeh. pastu tengok movie, drama. tapi movie dia semua tak best. tak faham aku. nak tengok olympus has fallen sebab orang cakap best. tapi aku tengok 1/4 je kot pastu aku stop, sambung tido. haha. macam tu jela 12 jam lebih perjalanan. sampai lah tiba ke destinasi at Schiphol Airport, Amsterdam. :)



sampai je Amsterdam aku ikut je signboard. Alhamdulillah Allah mudahkan. sebelum ni cuak jugak dah la sengsorang. tapi ayah aku dah pesan signboard banyak. airport Amsterdam senang je tak complicated pun. setingkat je. ahaha. jadi aku ikut pesan ayah aku. check gate transfer nak ke Glasgow. pastu aku terus pegi kat gate sebab penat sangat. sakit belakang masa tu. dalam hati nak duduk rehat je tunggu next flight. masa tu pukul 6 lebih pagi. flight aku pukul 9.25 pagi. haha lambat lagi aku dah pergi tercongok kat gate. nasib baik gate bukak and orang servis tu kasik masuk. dia siap pesan aku punya flight next flight bukan first flight. takut aku tersalah leteww. thank you :) so, aku duduk je bukak laptop, online. sebab ayah aku cakap situ ada wifi. tapiii setengah jam je limit diaaaa huks huks. &gt;.&lt;

sampai masa flight aku dah nak check boarding pass ni nak masuk. rupanya kena naik bas dia dulu sebab jauh tempat nak naik airplane. best kan. takyah jalan jauh. LCCT kena buat macam ni jugak kot. aku pernah sekali naik kat lcct punya lah jauh dari gate nak jalan pegi naik airplane. penat kot. sejak tu dah serik naik kat lcct. guwa naik dari senai je lagi bagus. ngeh ngeh. dalam ni seat aku tepi tingkap. tapi flight ni kecik comel je. dua seat dua seat je haha. comel sangats sampai aku macam senyum sorang sorang. aku takleh tengok benda cute miut ni. masa perjalanan tu aku ngantuk sangat sangat tersengguk sengguk je huhu. tapi sempat la tengok permandangan masa dah nak sampai tu. Subhanallah cantik !!!! ruginya takde kamera masa tu. cantik sangat Scotland. Hijau. tambah tambah tengah summer kan. jadi cuaca cantik je hee.

 : caaaaaantiiiiiiiiiiiiikkkkk kaaannn ! credits to google image. gigih aku search rupa yang ala-ala tau sebab takde kamera nak amik real. ngeh ngeh :

: lagi satu dari atas nampak macam ni la. taktau la lembu ke biri-biri ke. putih putih ni biri-biri kot. ada lagi aku nampak warna cekelat, hitam, putih. tapi tompok tompok macam ni. Subhanallah ! :D :

sejam sepuluh minit dah sampai Glasgow. Alhamdulillah. rasa macam mimpi masa tu macam eh aku dah sampai scotland lah. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah je tahu betapa excitednya aku betapa syukurnya aku dengan nikmat ni. Semoga kehidupan sebulan lebih di sini ada 'sesuatu' yang boleh aku bawa balik. :)


: bukan bawak balik anak okay! ini anak buah aku. kahkahkah. 
hai nama saya Aliesya Zara ! nice to meet you ! nanti kita jumpa next entry k k k k. adios amigos ! :



Kembara Bumi Glasgow, Scotland

Repost

So I noticed that I haven't updating my experience in Glasgow few months ago.
I just posted my journey from Malaysia to Scotland in my previous blog.
So I'll paste it here and update the latest one later.
Sorry coz I wrote it Malay tho.
Thanks for reading :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalaamualaikum ! :)

Alhamdulillah dah sampai 6 Ramadhan. Macam mana puasa kalian? Macam mana pulak hari-hari puasa berjalan? hmehmehmeh. May Allah ease every of your journey Aameen. ;)



Aiseh setahun. setahun sepi tanpa kata. kehkeh poyo. Line internet di rumah aku dah tak dapat sekarang so passion untuk menulis blog sudah pudar. ditambah dengan kesibukan di kampus, memang tak lah aku nak update masa belajor. heehuu. kalau mood rajin datang, maka datang lah dengan tiba-tiba. begitulah kehidupan blog aku. :D

soooooooooo tajuk kemainnnnn nak kembara bagai kan. huahua. kawan-kawan rapat mungkin dah tahu, aku sekarang berada di bumi Glasgow, Scotland.


Alhamdulillah. Scotland??? SCOTLAND? yeahhhh it's Scotland bebeyhhh !! sampai sekarang rasa mimpi ada di sini. Allahu. sungguh. I feel blessed with this opportunity. Scotland. salah satu negara yang dalam senarai honeymoon. eehhhh. honeymoon sangats hahaha.sejak aku tengok dan nyanyi lagu nursery scottish zaman dulu dulu. sejak tu Scotland masuk wishlist aku. huks.

: gambar google :

fyi, aku baru je lagi sampai sini kehkeh. Ahad 14 Julai baru aku jejak kaki ke sini berjasakan penerbangan KLM Airlines dari KLIA 13 Julai. aahh, sini aku mula cerita. Untuk ke Glasgow, klu naik KLM, kena naik dari KLIA, transit ke Amsterdam dan baru nampak bayang Glasgow. ouh, fyi lagi, aku bergerak seorang dalam kembara ini. iye seorang. awak dengar tak?? seorangggg. Awani sangats uolls. ahaaarr ampunnn.


tapi dari jb ke klia, ayah aku temankan. memula tu plan sorg jugak. tapi kasih seorg ayah terhadap anak dia yang dah berzaman tak jejak klia tu, maka ayah aku korbankan lagi duit utk terbang sekali ke klia untuk  guide aku. sobs. dari Senai pukul 6.40 petang, kami berbuka atas flight. masa aku terbuka awal bhahaha. mana aku tahu masa atas udara lambat dari bawah diorg tak betau awal2. jadi aku tengok jam bajet macam kl dah berbuka pastu orang sebelah pun dah mengunyah kurma, aku pun minum la air. lagipun diorg dah edar jus masa tu jadi aku ingat dah masuk waktu. agagaga. sekali aku dengar ada orang tanya then baru pramugara tu cakap "kita sebab tinggi atas udara paras laut (berapa ribu ntah) jadi lewat sikit dalam 5 ke 10 minit. tapi it's up to you" duhh. tapi takpe insyaAllah takde apa-apa. musafir kan. hehe

then sampai klia, cari cari kaunter KLM dulu nak settle semua benda baru nak makan kononnya. tapi tak jumpa jumpa. tanya orang, tengok2 belum bukak lagi kaunter. ayah aku ghesauu sangats kat aku. flightnya balik jb 9.40 malam tapi nak jugak jugak tengok aku lepas imigresen dulu baru dia nak pi depart. :')

: ini gambar dari tingkap bilik aku. maaf la gambar churh je dapat sebab belakang rumah ni church dan rumah ni tingkat bawah sekali jadi susah sikit nak dapat pemandangan. muehehe :

lepas je imigresen, aku dah rasa macam kat luar negara dah. padahal klia je -.-"
semuaaa foreigners je sekeliling aku. masa tu nak cari surau nak solat maghrib &amp; isyak. cari punya cari tak jumpa tanya orang lagi. mujur flight ke Amsterdam pukul 11.20 malam. sempat la lagi nak berlenggang solat jap. masa dalam surau jumpa akak sorang ni dia tanya "nak ke mana dik?" "Amsterdam kak." "flight pukul berapa?" "11.20 japgi. akak nak gi mana?" "ouhh akak nak ke jakarta. flight 9.45 ni tu yg kelam kabut tu." aku tengok jam. masa tu 9.40. :O aku cakap "haaa 9.45? 5 minit lagi" akak tu pun dah kelam ribut dah pakai tudung bedak apa suma, aku pun mintak diri keluar dulu. huhuhu.

ok penat. nanti sambung kembara 2 ;)

Sahabat Jiwa Raga, Tabahlah untuk Dia

Assalamualaikum wbt
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku punya seorang sahabat
Sahabat kala aku susah dan senang suatu ketika dahulu
Kala aku dihambat kecewa duka lara
Dia yang selalu ada di sisi aku

Kini, aku sendiri di sini
Dia di sana
Melawan rasa sakit di hati
Sedang aku enak bersuka ria

Maafkan aku sahabat
Aku tiada bersama saat engkau sakit

Cuma satu pesan aku
Tabahlah.

Aku tahu engkau kuat.
Sangat kuat.
Kalau tidak, engkau tidak terima ujian hebat

Kali dan kali sudah aku pesan
Kau tak pernah jemu layan perasaan
Sila kali ini saja dengarkan
Pesan aku buat kesekian

Aku harap kau tabah, kuat
Sakit kau aku turut rasa
Sumpah aku tak tipu

Mungkin kau tak nampak aku
Tapi kadang aku ambil berat juga perihal sahabat-sahabat aku
Dan bila aku tahu hal kau kau itu
Hati aku bagai terasa sekali kerna aku juga pernah rasa begitu

Caranya sahabat
Jangan pernah putus
Hari baru
Bangkit dan terus bangkit
Minta petunjuk dari Dia
Kerana Dia jugalah yang memberi Ujian ini

Aku mungkin tidak ada di situ
Tapi doaku selalu bersamamu

Kuatlah sahabat
Demi Dia,
Demi Ibu Ayah
Demi cita-cita kau
Demi kau
Yang punya banyak pilihan lagi suatu hari nanti
InsyaAllah

Kasih dan sayang aku bersama kamu
:')

Ieza, kenang daku dalam doamu, <3