Bagaimana hari hari kita semua?
Semoga bertambah baik iman insyaAllah
Harini, insyaAllah hari terakhir kita dalam tahun 1434H.
Sayu je rasa hari ni...
Berapa minit lagi nak masuk tahun baru..
Diri kita adakah masih sama atau semakin baik atau sebaliknya?
Sama-sama kita fikir
Umur sudah semakin menginjak
Masa tak pernah pula nak tunggu kita
Tahun masih perlu berlalu mengikut peredaran masa
Apa logik kah kita di takuk yang lama?
Ayuh berubah di tahun baru
Semoga perhijrahan kita ada hikmahnya
Semoga yang sudah berhijrah juga kekal istiqamahnya
InsyaAllah. Kita doa bersama
Sempena nak masuk tahun baru, saya kongsi bersama doa akhir tahun dan awal tahun bersama terjemahan
InsyaAllah mudah mudahan dengan usaha kecil kita meminta pertolongan Allah,
ada hikmahnya kelak
Kita usaha, merancang, Allah juga yang menentukan
Bukan kata wajib. tidak baca, berdosa.
Tidak.
Selagi mana yang baik itu boleh kita ikut, kita ikut lah
Sama-sama kita muhasabah yok ! ;)
Maksudnya :
Segala
pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya
dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang
tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami
bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan
Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami
bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami
memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya
dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran
pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah
Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia.
Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah,
Tuhan sekalian alam
Maksudnya:
Segala
pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul
dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang
Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan
kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah
mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada
syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami
memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami
memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan
diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah
keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri
rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga
Allah menerima doa kita semua


No comments:
Post a Comment