Saturday, November 16, 2013

Kerana Bahagia itu pada Mereka...

Assalamualaikum wbt.

Hai. Bagaimana keadaan iman? Sentiasa doa agar ditetapkan iman berada pada landasan kebenaran. Allahumma amin.



Hari ini aku rasa sayu. :')
Semalam aku tidur bilik kawan. Study kononnya. Tapi bukan berapa sangat pun ehem. Koya je lebih.
Pagi Subuh aku balik bilik, sambung tidur.
Sembilan lebih aku bangun, terkejut. Dah dekat pukul sepuluh. Risau. Banyak lagi benda nak study untuk exam besok.
Tiba-tiba mata tercari-cari telefon Nokia cikai purple.
Selalu biasa buat taktahu lantak kau lah nak duduk mana.
Pagi tadi terasa macam ada bonding dengan abah. Semalam telefon mama. Mama kat kampung.
Macam biasa, mama cerita pot pet potpet kalau ada masalah.
Abah di rumah. Banyak urusan kerja, tak mahu ikut mama pulang.

Jadinya lepas itu telefon adik yang pulang weekend. Hajat hendak bertanya khabar abah, dan tanya khabar dia jugak.
Tapi dia tengah drive. Menghantar kakak aku yang mahu pulang ke kampung juga.
Abah di rumah. jadi takde kesempatan nak sembang lama sebab adik tengah drive.

Berbalik kepada cerita henfon. Aku sibuk mencari sebabnya...
Aku rasa macam abah nak telefon aku je hari tu.
Maklumlah, mama takde kat rumah. Jadi selalunya kalau mama takde, abah mesti akan telefon barang sekali dua.
Tapi dah tiga hari mama di kampung, abah belum lagi telefon. Aku risau. Aku rindu lebih tepat barangkali.
Jadi nak cari telefon nak telefon abah tapi tak jumpa.
Cuba misscall tapi tak berbunyi dan vibrate.
Jadi sah, telefon tertinggal di bilik kawan.
Aduhh malas betul rasa.
Jadi aku decide untuk persiap diri, mandi, makan bla bla bla.
Habis makan aku turun. Gigih. Nak jugak ambik telefon.
Risau.
Takut abah call, aku tak angkat dan abah risau.

Turun bilik kawan, amik fon, blah, naik bilik lagi.
Kawan masih kroh kroh. Penat barangkali. Semalaman tak tidur. Study.

Tengok je telefon, betul.
Ada miss called dari abah. Sobs.
Terus dial balik. Tapi abah tak dapat dihubungi.
Telefon adik dengan harapan dia belum pulang ke Bangi.

Alhamdulillah.
Adik angkat. Abah tidur. Sembang dengan adik.
Hampir saja nak letak telefon, adik kata abah dah bangun.
Cakap dengan abah. Tanya abah buat apa, makan apa.
Gitu aja. Tapi tiba-tiba hati rasa sayu.
Aku dengar suara abah penat.
Aku sedih. Bergenang air mata.


Tetiba macam semua benda yang aku buat seperti di flashback.
Apa sahaja yang aku buat selama ni?
Abah penat kerja cari duit, bagi aku makan hidup senang
Makanya aku bersenang lenang sahaja.
Sepanjang 21 tahun hidup, belum pernah ada sekali pun aku banggakan ayah aku.

Ada sekali. Waktu UPSR. Aku dapat 5A. Dapat anugerah tokoh pelajar lagi.
Tapi abah tak bagi mini cooper. Eh.
Abah tak mampu. Abah hanya pensyarah bukan tauke ayam. Aku sedar tu.
Tapi abah bagi senyuman. Senyuman yang paling gembira. Dengan thumbs up pada aku.
Aku gembira waktu itu.
Dan itu kali terakhir aku rasa aku lihat senyuman yang membahagiakan itu.

Dan sekarang. Aku menangis bagai anak kecil.
Aku menangis kenangkan abah dan mama.
Abah, mama, leli mintak maaf sangat-sangat.
Leli tak belajar sungguh sungguh. biasiswa tak dapat.
Abah yang kena tanggung belanja leli.
Tapi leli takde balas apa pun.
Dah masuk tahun ketiga universiti.
Belum pernah leli dapat anugerah dekan.
Result makin menurun ada lah.
Sorry ma, abah. Leli cuba yang terbaik tahun terakhir ni.
Itu janji.

Mama, abah, doakan kejayaan leli.
Sekarang tengah miserable sangat.
Banyaaak sangat kerja ma, abah.
Kenapa diorang bagi projek banyak sangat.
dengan final year project lagi. pastu esaimen belambak macam tak pernah habis
final year project tak gerak lagi. midterm exam susah gila.
T___________T

Ya Allah
Beri aku peluang sekali untuk membuat mereka bahagia
Beri mereka peluang bangga melihat aku berjaya
Kurniakan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku ya Allah.
Pelihara mereka sebagaimana mereka telah pelihara aku semasa kecil.
Beri aku peluang utnuk berbakti kepada mereka.
Sungguh. Aku sayang mereka keranaMu ya Allah.
Aamiiin
:')





No comments:

Post a Comment